*our LOVE journey*

Daisypath Next Aniversary Ticker

Tuesday, April 28, 2009

cinta, tiada akhirnya...(8)

Pagi itu pagi yg sememangnya paling teruk buat aku. Hati yg tak keruan. Rindu yg tiada bersempadan. Risau dan bimbang menampar-nampar tasik hati ini. Kesemuanya bercantum menjadi satu dan aku sungguh berkecamuk! Akalku tidak disini lagi! Ia telah dibawa pergi bersama berita yang aku terima semalam. Pergi kepadanya yg entah dimana. Aku menatap wajahku di cermin kaca. Mataku sungguh bengkak, seakan tidak mampu dibuka lagaknya. Mukaku sembab. Kalau diturutkan rasa hati, aku tidak mahu melangkah ke tempat kerja yang merimaskan hatiku itu hari ini. Aku benci dengan mereka yang melihat aku seperti makhluk asing. Lagi pula kepalaku berserabut memikirkan keadaannya saat ini. Aku buntu. Puas aku cuba mendail nombor telefonnya, tapi aku tahu ianya percuma sahaja!Akhirnya, aku gagahkan juga hati untuk bekerja walau aku tahu, mindaku tiada disini ketika ini.


Teguran Fara menyebabkan kolam mataku mula berkaca semula. Air mata seakan-akan tidak mahu berhenti mengalir. Fara heret aku masuk ke dalam surau pekerja.

"Kak, kenapa ni? Cerita la dengan Fara." dapat aku rasakan, dia gusar melihatkan keadaanku ini.

Aku menarik nafas, mengumpul semangat sambil berharap air mata tidak akan turun lagi, membasahi pipi pagi ini.

No comments:

Post a Comment