*our LOVE journey*

Daisypath Next Aniversary Ticker

Wednesday, April 1, 2009

cinta, tiada akhirnya...(4)

aku meletakkan kembali telefon bimbitku semula keatas katil. Mindaku merawang, mengingati dirinya yang jauh di mata. Mungkinkah Allah menguji aku begini? Moga Dia menguatkan hatiku ini untuk menempuhi segala dugaan yang datang. Jika dia adalah lelaki yang tercipta untukku, aku sanggup menunggunya walau selama manapun dia berpergian. Kali ini, perjalananya seperti juga perjalanan-perjalanannya yang dahulu. Sekitar Eropah dan Timur tengah. Sesungguhnya jalan yang dipilih dia amat menduga rohani dan jasmani insaniah. Aku maklum pekerjaannya menuntut dia berpergian dalam jangka masa yang agak lama. Masakan tidak, 6 bulan di lautan. Kiranya tiada kesabaran di dalam dada, pasti tersungkur pada helah dunia. YaAllah, kuatkanlah semangatnya di lautan sana...

Aku termenung lagi. Rindu. Ya, aku merinduinya saat ini. Baru sahaja dia berpergian, namun kali ini aku rasakan aneh sekali. Lain sekali debaran di dalam dadaku ini. Seakan ada sesuatu. Mungkinkah dia? Ya Allah, selamatkanlah dia!

Esok, aku akan bekerja seperti biasa. Memandangkan aku baru sahaja menamatkan pengajianku dan hari konvokesyenku masih belum berlansung, aku memutuskan untuk berkerja sementara berdekatan dengan rumah ibu bapaku. Bukan tidak mahu berhijrah ke kota, tapi aku fikir bukan masanya lagi. Tugas sebagai cashier di pasaraya sememangnya tidak semudah mata yang memandang. Tambah lagi, saat ini masalah kekurangan pekerja semakin bertambah. Sudahnya, boleh dikatakan setiap hari aku terpaksa bekerja lebih masa. Daripada pagi sehingga lewat malam. Sungguh memenatkan! Tambah memenatkan fikiranku adalah apabila kehadiran aku bekerja di situ tidak disenangi beberapa pekerja lama. Aku sendiri tidak tahu apa salahku pada mereka. Mahu dikatakan aku mencuri rezeki mereka, rasanya tidak pula. Namun setiap hari pandangan mereka sinis sahaja terhadapku. Aduh, pening kepala di buatnya! Sabar sahajalah.


Pagi yang bening. Aku bangun awal pagi, menunaikan solat fardu subuh seperti selalunya. Aku menyiapkan pakaian seragam kerjaku di atas katil dan kemudiannya menggosok tudung yang akan aku pakai sebentar lagi. Aku memasukkan marhana dan tuala kecil kedalam beg yang biasa kubawa ke tempat kerja. Tidak lupa juga, telefon bimbit kesayanganku. Satu milikku dan satu lagi pemberiannya kepadaku dahulu, sebelum dia belayar ketengah lautan kali ini. Selesai bersiap, aku membonceng motosikal abah menuju ke tempat kerjaku. Sebaik sahaja sampai, jam di pergelenagn tanganku baru menunjukkan pukul 8.30 pagi. Masih ada lagi 30minit sebelum pasaraya dibuka. Sebahagian pekerja wanita berkumpul di dalam surau. Aku malas mengambil tahu. Padaku, itu rumah Allah. Usahlah menebar fitnah yang tidak kita tahu hujung pangkalnya di dalam rumah Allah itu. Sudahnya aku berdiri sahaja di hadapan pejabat, sementara menunggu pintu belakang pasaraya U Mart itu dibuka.

No comments:

Post a Comment