*our LOVE journey*

Daisypath Next Aniversary Ticker

Monday, April 6, 2009

cinta, tiada akhirnya...(5)

sebaik sahaja pintu belakang pasaraya U Mart itu dibuka oleh kerani yang bertugas, kesemua pekerja-pekerja menyerbu ke mesin kedatangan. Jam sudah menunjukkan pukul 8.20 pagi. Masih ada 10 minit lagi. Aku berundur ke belakang melihatkan mereka berebut-rebutan untuk cop kad masing-masing. Akhir sekali, baru aku mengecop kad kedatanganku. Perasaanku berlainan dengan biasa pada pagi itu. Entah mengapa, aku juga tidak tahu. Perlahan-lahan beg yang aku sandang itu, aku masukkan ke dalam locker. Aneh sahaja perasaanku ini. Sebelum menutup pintu locker, aku mengamati kedua-dua telefon bimbitku. Tiada pesanan mahupun panggilan tidak dijawab. Mungkin perasaanku sahaja. Aku kembali meletakkan beg dan seterusnya menutup pintu locker. Aku bergegas ke kaunter, tempatku bertugas. Dari jauh Fara sudah menggamitku.

"Cepat kak. Hari ni akak mengemop lantai."

Fara sudah menghulurkan mop kepadaku. Dia sendiri bergegas mengambil penyapu untuk menyapu kawasan kerja kami. Oleh kerana lantai pasaraya ini tidak diletakan jubin, meskipun telah dimop berkali-kali lantainya masih kelihatan comot. Ah, bukan tugas aku memikirkannya!

Hari ini aku bertugas sehingga jam malam. Senja merangkak pergi. Aku meminta izin daripada Hani, supervisorku untuk bersolat maghrib di surau pasaraya. Sebaik sahaja aku sampai di surau, aku terus membelek telefon bimbitku. Hatiku resah gelisah. Entah apa sebabnya. Aku cuba menghantar pesanan ringkas ke telefonnya tetapi hampa! Aku dail nombor telefonnya, namun berada di luar kawasan. Hatiku bertambah walang.

'Kenapa ni? Semalam baru dia di Indonesia.. tak kan hari ni..'

Hati kecilku memberontak! Aku cuba ulang dail nombor telefonnya yang lain. Sudahnya sampai ke mesin pesanan suara. Airmataku tidak tertahan lagi. Setitik demi setitik lalu membasahi kedua belah pipiku. Perlahan suaraku meninggalkan pesan di mesin pesanan suara miliknya...

"Abang kat mana ni? Abang OK tak ni? Kalau dengar ni, call sayang balik ye!"

Air mataku terus turun membasahi pipi. Walang sungguh hatiku ini memikirkan dirinya yang jauh di lautan sana. Aku tidak pernah begini. Tapi kali ini terasa benar degupan hatiku ini. Seakan-akan ada perkara buruk terjadi padanya di sana.

Ya Allah..
selamatkan dia!!

No comments:

Post a Comment