*our LOVE journey*

Daisypath Next Aniversary Ticker

Friday, May 15, 2009

cinta, tiada akhirnya...(12)

Hari demi hari berlalu. Sudah masuk hari ketiga berpuasa. Tiada khabar, tiada berita. Meskipun setiap hari akhbar menyiarkan berita tentang penahanan Kapal MT Melati 2, namun perkembangan positif seolah-olah lansung hilang. Menurut ibunya, pihak pengurusan pejabat MISC tidak dapat menyiarkan perkembangan kes tersebut akibat ancaman pihak lanun terbabit. Aku hanya mampu berserah dan menunggu. Tunggu dan terus menunggu.



*****


Sementara itu, aku diterima bekerja di 7 Eleven berhampiran kawasan rumah aku sebagai pelatih pengurusan. Mungkin sudah rezeki aku agaknya sempena Ramadan ini. Alhamdulillah. Awal Ramadan aku mulakan dengan tugas baruku sebagai pelatih pengurusan di 7E. Syukur, kerana rakan-rakan sekerja semuanya boleh menerima aku seadanya. Meskipun aku bekerja secara shift di sini, ternyata lebih mudah kerana pekerja saling memahami dan bertolak ansur. Maklum sahaja, pekerja tidak seramai tempat lamaku dahulu, kami lebih mudah rapat. Oleh itu, kerja secara shift tidak menjadi masalah besar buatku.

cinta, tiada akhirnya...(11)

Malam itu, aku minta emak menelefon ibunya menyatakan sebab2 ketidakhadiran kami. Syukur, mereka mengerti ketebatasan kami untuk ke rumah mereka. Di dalam diam, aku hanya mampu berdoa. Ketika aku berbual dengan ibunya, sering kali ibunya menyuntik semangat dan keyakinan yang kian hari kian mereput dalam jiwaku ini.


"Tak pe. Sabar. Mat lan selamat. Jangan risau. Kita dkt sini berdoa je la. Lagi pulak, bulan puasa mcm ni.. Insya-Allah, diorang akan selamat. "


Entah dari mana kekuatan itu datang kepada ibunya, aku sungguh kagum. Tatkala mendengarkan nasihat demi nasihat, air mata masih mengalir. Ah, hatiku cukup rapuh sekali. Aku bimbang, bimbang seandainya aku kehilangan dia. Aku tidak dapat membayangkan apa yg bakal terjadi pd diriku andai semua itu terjadi. Ya Allah, dengarkanlah doa2 kami! Selamatkanlah mereka semua.


*****

Pagi itu, aku seperti biasa. Tiada semangat untuk ke tempat kerja. Tiada semangat untuk berbuat apa sekali pun. Aku menaip surat perletakkan jawatan. Aku nekad untuk meletakkan jawatan secepat yang mungkin. Aku tidak betah untuk bekerja dengan mereka yang tidak faham perasaan seorang manusia. Waktu rehat aku habiskan di cyber cafe untuk mencetak surat perletakan jawatan dan melayari internet. Selepas waktu rehat, aku masuk ke pejabat pentadbiran untuk menyerahkan surat perletakkan jawatanku itu. Aku memberi notis selama 3hari sebelum berhenti kerja. Tidak disangka-sangka tindakan aku untuk berhenti kerja menarik perhatian pegawai atasanku yang aku gelar Abg Man. Lewat petang itu, Abg Man datang menemui aku secara sendirian.

"Abg dgr Azri nak berhenti kerja. Kenapa?"

"Masalah peribadi la abg man." Ringkas sahaja jawapanku. Malas memanjangkan isu.

"Masalah ape? Cuba bgtau dgn Abg Man..mane tau kot2 abg boleh tolong ke? Tak payah la nk berhenti keje.."

Aku jadi serba salah. Aku jadi penat dengan orang atasan yang tidak mahu memahami. Lagi penat kerana setiap hari aku terpaksa buat OT tanpa henti. Aku menjeling ke arah Ina yang sedari tadi anak matanya tidak lepas memandang sinis padaku. Ei..bencinya aku melihat anak matanya itu. Tahukah dia, bahawa dia juga merupakan salah satu sebab yang mendesak aku untuk meletakkan jawatan ini? Perlahan-lahan aku menarik nafas, sedalam yang mungkin, sambil mencari kekuatan untuk terus berbicara.


"Sebenarnya, saya sekarang ni tgh tunggu panggilan penting dari oversea."


Aku berjeda. Tidak tahu samada untuk meneruskan perbualan ini ataupun menghentikannya. Meneruskannya beerti, membenarkan air mataku gugur di hadapan orang yg tiada kaitan lansung dalam hidupku ini. Aduh, tolong lah pergi abg man!


"Jadi telefon la yg jd sebab ni?"

Sinis nadanya itu menbuat aku meluat, ingin termuntah di situ juga! Benci!!!

"Boleh kata macam tu la. Lagipun sy tak tau bile telefon sy tu akan berbunyi. At least, kalau sy tgh pegang fon, sy bole trs jwb kan? Lgpon international call ni mahal. Bukan senang nak buat. Abg Man tau kan pasal boyfriend sy kn tawan dgn lanun tu? Sy tgh tggu berita drpd dia. Tggh tggu call dr office die."

Sengaja aku memprovok Abg Man. Sememangnya, aku sudah tiada hati lagi untuk terus bekerja di situ. Tidak perlu bersusah-susah memujukku, keputusanku sudah bulat. Tiada bujur dan lonjongnya lagi! TITIK.


"Kalau Abg man bg awak bawak fon ms kerja. Awk nk berhenti jugak ke?"

Nampaknya lelaki ini benar-benar tidak mahu membenarkan aku berhenti kerja. Pandai benar dia memutar-belitkan ayatku.

"Abg Man, itu bukan soalnya.. Tgk mcm kelmarin, sy mintak nk balik awal sikit sbb nk pergi kenduri solat hajat yg family die buat. Susah payah mak ayah die buat, jemput family sy..tp sy xdpt pergi. Sy bukan mintak cuti sampai sehari. Sy mintak balk awl sikit je. Supermarket ni xkan rugi berjuta2 kalau sy balik awal sejam. Sy btl2 kecik ati...Mcm xde timbang rasa lansung!! Ni sy dgr sorang anak kapal da meninggal. Kita xkan tau ape yg akan jadi ms2 yg mendatang ni kan? Xde org boleh bg jaminan yg die akan selamat!"

Luahku tanpa berselindung lg. Air mataku mula bergenang, tinggal tunggu utk jatuh sahaja lg. Aku pantas menarik nafas dalam-dalam. Aku cuba menghalau perasaan sedih yg bertandang.
Riak wajah abg Man nyata berubah.

"Awak mintak balik dgn siapa?"

Eth mengapa dia tidak mahu berputus asa memujukku untuk terus bekerja disitu.

"Kak liza."

"Kenapa xmintak dgn Abg Man? Abg yg uruskan kebajikan pekerja. Kalau azri mintak dgn abg Man, abg mesti bagi punye."


Aku benci perkataan itu. 'Kalau'. Kalau aku boleh putarkan waktu, aku tidak mahu dia naik kapal itu. Kalau boleh, aku tidak mahu bersedih sperti ini. Kalaulah aku tahu akan jadi begini.. kalaulah dan kalaulah.. sedangkan hakikatnya? Aku benci perkataan ini kerana itu semua angan2 kosong yg tidak akan menjadi nyata!


Penat aku berhujah itu dan ini dengan Abg Man. Tidak dapat tidak, akhirnya, dia terpaksa akur dengan keputusanku utk meletakkan jawatan itu. Aku tersenyum puas! Menang!!


*****


Ramadan telah menjenguk segenap pelusuk bumi Ilahi. Dan Ramadan ini membawa kenangan demi kenangan aku bersamanya. Sabarlah wahai hati, sabarlah. Moga Allah memberikan kemuliaan dan kemudahan untuk mereka di sana. Aku akui, semenjak panggilan pertama yang aku terima darinya, aku disuntik semangat. Ya, semangat untuk tidak berputus asa. Bukankah Dia Maha Mendengar setiap doa hamba-Nya?


Hari pertama berpuasa, emak mengejutkan kami sekeluarga bangun bersahur tepat jam 5.20 pagi. Hening sekali pagi itu. Aku teringat puasa tahun yang sebelumnya. Dia ada disini, di rumahku untuk bersama2 bersahur, berbuka puasa. Aku sungguh merindui dirinya ya Allah! Air mata ku tahan agar tidak gugur. Jangan. Jangan di depan rezeki yang di hadapanku kini!

Wednesday, May 13, 2009

cinta, tiada akhirnya...(10)

Beberapa hari selepas itu, sewaktu aku keluar rehat semasa bekerja, aku dikejutkan oleh panggilan daripada rumah. Adik bongsuku dihujung talian.

"Kak, tadi mak de call. Die cakap mlm ni die nk buat solat hajat kat rumah die. Die ajak datang."

Aku jadi termangu sendiri. Bolehkah aku keluar awal hari ini? Aku menjeling ke arah pejabat pentadbiran yang terletak di sebelah kiriku. Mahu atau tidak, aku ingin sekali menyertai solat sunat hajat yg dibuat oleh keluarganya itu. Aku tahu, pasti ibunya berharap aku dapat datang malam ini. Perlahan-lahan, aku mengorak langkah ke arah pejabat pentadbiran. Perlahan ketukanku di pintu pejabat.


"Kak Liza, sy nk mintak kebenaran balik awal hari ni boleh tak?" pintaku lebih kepada prihatin.

"Kenapa?" tegas sekali suaranya, seolah-olah jawapan sudah ada disitu.

"Mak bf sy buat kenduri solat hajat utk die yg kn tawan ngan pirate kat somalia. Sbb tu sy nk balik awal sikit. Dlm pukul 4 nanti.Tak elok la sy xpegi..lagipun die bukan org lain dgn sy" luah sy lebih kepada berupa menagih simpati agar dpt dilepaskan lebih awal.


"TAK BOLEH! siape yg nk gantikan awak nanti?" laksana hukuman mati mandatori sahaja jawapan itu.

"Tapi kak... tolongla kak.. "rayuku lagi, masih tidak berputus asa.

"Habis tu siapa nk ganti awak kalau awak balik nanti?" sinis sahaja nada suaranya sambil menjeling aku yg tegak berdiri menghadapnya.

Aku terdiam. Lesu. Tiada semangat untuk meneruskan tugas lagi. Jiwa jadi kacau mengenangkannya, lagi bertambah kacau kerana tiada kompromi dari mereka yg aku harapkan utk melepaskan aku sedikit awal daripada waktu kebiasaannya. Air mataku menitis lagi. Alangkah kejamnya manusia ini! Kalaulah dia ditempat aku, bagaimana pula aksinya? Ah, hatiku mula memaki-maki perempuan itu. Geram, marah dan kecewa bercampur, menjadi satu dalam dada. Aku benci mereka yg tidak pernah cuba memahami permasalahanku kala ini. Aku kena berhenti kerja dan cari kerja lain, nekad! Kata putusku disitu. Persetankan mereka yg tidak mahu memahami, yg tidak pernah cuba mengerti aku. Arghh!! aku benar-benar buntu. Air mata yg mengalir seakan meminjamkan aku sedikit kekuatan untuk menghadapi semua ini.

Monday, May 4, 2009

cinta, tiada akhirnya...(9)

Ramadan semakin hampir. Kalau dikira-kira tidak sampai seminggu sahaja lagi. Sudah beberapa hari berlalu, terbuang begitu sahaja. Aku menjadi penonton televisyen yang setia sejak hari itu, takut kalau-kalau ada berita yang baru tentangnya. Setiap hari, tugasku membelek dada-dada akhbar tempatan. Lewat malam pula, aku melayari internet untuk mencari berita tentangnya. Tetapi progress kes ini terlalu lambat. Seringkali aku mengeluh melihatkan tiada perkembangan positif di dalam kes ini.

..............................................................

Senja merangkak pergi. Pelanggan pasaraya agak kurang pada waktu ini, lantas aku meminta izin untuk menunaikan solat maghrib di surau. Aku buka almari yang menempatkan beg milikku yang berisi marhana lalu aku terus ke surau. Sempat aku belek telefon pemberiannya terlebih dahulu, namun hampa. Masih tiada berita yang mampu mengusir pergi kebimbanganku saat ini. Usai aku berwudhuk, aku kembali semula ke surau dan mengenakan marhana milikku. Tiba-tiba telefon bimbitku berbunyi nyaring. Masakan tidak, suasana di dalam surau sunyi sepi, tiba-tiba telefonku berbunyi nyaring. Aku teliti nombor di skrin telefon.

Panggilan antarabangsa!! Seruku di dalam hati. Menggigil aku menekan butang 'answer'.

"Hello..." debaranku tidak kunjung padam.

"Hello, syg. Ni abg ni.." air mataku mula menitis.

Setitis demi setitis dan akhirnya aku menangis teresak-esak di telefon mendengarkan suaranya. Suara itu tidak seperti kebiasaanya. Ada getar disitu. Aku jadi bertambah hiba. Takutkan dia?

"Syg..jangan menangis. Abg tak ape2..." aku menyeka air mata yang masih terus mengalir lesu.

"Abg ok tak ni?" soalan pertama yg aku suarakan padanya.

"Abg ok.. Abg ok.." berulang-ulang kali die cuba menegaskan keadaan dirinya.

"Syg, abg tak tahu bile boleh lepas ni. Syg doakan abg selamat ye.." alangkah sayunya hati mendengarkan kata-katanya itu.

"Abg dah call mak abg?" aku menyoalnya. Aku pasti, bukan hanya aku yang menanti khabar darinya. Ibu bapanya pasti lebih lagi.

"Sudah. Abg br lepas call diorang. Pastu baru abg call syg. Syg jgn risau ye. Abg tak ape2.."
Nada suarnya lebih tenang daripada tadi.

"Emm..abg jaga diri baik2 tau. Syg risau sgt ni..." esak tangisku sudah agak reda dgn pujukannya.

"Iye..syg pon sm.. syg, abg kn cpt ni. xboleh lame. Rmai lg yg tgh queu turn ni.."
aku ingin sekali melihat dirinya saat ini, ya Allah.

"Em..abg hati2 tau."

"Iye..jgn lupe doakan abg. Sampaikan salam abg kat org2 sana ye..bye.."

Tidak lama kemudian, hilang sudah suaranya. Aku termangu-mangu, seakan tidak percaya. Alhamdulillah, syukurlah dia tidak apa-apa.