*our LOVE journey*

Daisypath Next Aniversary Ticker

Saturday, April 11, 2009

cinta, tiada akhirnya...(6)

aku kembali melipat marhana seusai aku menunaikan solat maghrib. Ya Allah, sungguh walang hatiku ini. Air mataku masih bersisa tadi segera aku lap menggunakan hujung lengan bajuku. Aku pantas membetulkan tudung kepala yang sedari tadi tdak tahu letak duduknya. Kelam kabut sungguh hari ini. Tambah mengerikan adalah perasaan yang tidak kunjung padam ini. Aku menyimpan kembali marhana ke dalam beg yang aku bawa dan aku ulang lihat ke skrin telefon bimbitku, namun hampa! Sudahnya aku kembali ke kaunter semula untuk menyambung tugasan.

Lewat jam 10.30 malam, aku selesai bekerja. Dari kejauhan aku dapat lihat abah sudah menungguku di atas motosikalnya. Seperti biasa, aku terus membonceng motosikal abah untuk pulang ke rumah. Sebaik sahaja aku sampai di rumah, emak sudah bersiap-siap untuk masuk tidur. Mengantuk benar lagaknya. Aku terus masuk ke dalam bilik tidurku untuk berehat-rehat. Selepas mandi, aku menunaikan solat fardu Isya'. Dihujung solatku, aku mohon agar Allah menenangkan hatiku yang resah gelisah.

.............................................................................

Pagi itu aku bangun dengan lebih segar lagi. Mengenangkan hari ini aku tidak perlu membuat kerja lebih masa, aku menjadi semakin bersemangat untuk bekerja. Awal aku bersiap pagi itu. Semangat untuk memulakan hari begitu berkobar-kobar dalam dada. Bukan selalu aku dapat pulang menjelang petang. Harap-harap hari ini hari yang bertuah. Aku tersenyum sendiri. Selesai bersiap, aku terus meminta abah untuk membawa aku ke tempat kerja. Hari ini berjalan dengan begitu baik sekali. Resah semalam juga seakan-akan pergi.

Jam di skrin komputer di kaunter tempat aku bertugas menunjukkan pukul 5.20 petang. Kak Intan sudah berada di sisi aku untuk bertukar shift. Kaunter aku ditutup sementara kami bertukar shift. Dapat aku rasakan senyumanku lebar sekali. Pantas Kak Intan menegur aku.

"Wah, tak sabar-sabar nak balik nampak." aku ketawa senang.
"Eh, mestilah. Jarang tau dapat balik petang macam ni!" selorohku pada Kak Intan.

Kaunter sudah bertukar orang. Aku segera bangun, menyerahkan kerusi tempat dudukku kepada Kak Intan. Wang hasil transaksi jualan aku sudah aku serahkan kepada supervisor. Aku dengan senang hati, terus melangkah ke belakang, tempat menyimpan beg. Namun jam di mesin pengecop kad kedatangan masih ada 5 minit untuk ke pukul5.30 petang. Aku menyandang beg, tidak mahu berpatah balik ke kaunter. Biar aku tunggu di sini sahaja desis hati kecilku. Tidak semena-mena, telefon bimbitku berbunyi nyaring. Tertera nama 'Mak Tam' di situ. Aku tersenyum, mungkin ada kerja kosong yang hendak disampaikan kepadaku agaknya. Aku bersegera menekan butang 'answer'.

"Assalamualaikum!" suara Mak Tam jelas sekali di pendengaranku.

"Wa'alaikumussalam.." sekadar menjawab salamnya.

"Akak kerja ke ni?" aah, lain benar bunyinya. Bukankah dia tahu aku bekerja sambilan di sini.

"Baru je habis kerja ni. Ada apa hal Mak Tam?" Soalku bersahaja.

"Akak tau berita terbaru Mat lan?" Hatiku digaru resah dengan soalan ibu saudaraku itu.

"Er.. hari tu dia cakap dia ada dekat perlabuhan klang. Tu last dia contact saya. Er..kenapa Mak Tam?" Resah makin bergayut-gayutan di sabubari. Sepertinya ada khabar buruk di situ, dugaku.

"Macam ni.." intronya sahaja sudah cukup menggetarkan perasaan perempuanku.

"Tadi, mak dia call Mak Tam.. syarikat Mat Lan telefon cakap kapal dia kena tawan dengan lanun dekat perairan somalia.." Seakan batu besar menghempap kepalaku rasanya mendengar perkhabaran itu. Air mataku mula menitis. Satu persatu dan akhirnya membasahi pipiku.

"Ada seorang anak kapal meninggal dunia.." Ayat itu seakan merentap seluruh kekuatanku. Air mata sudah melaju turun, tanpa di tahan-tahan lagi.

No comments:

Post a Comment