*our LOVE journey*

Daisypath Next Aniversary Ticker

Monday, June 28, 2010

kepulangan yg amat dinanti!

Bahagia. Gembira yg tidak sedikit tatkala panggilan itu aku jawab.


"Sayang buat apa?"


Diam, mengamati rindu yg hadir. Ah, seperti mimpi aku dapat mendengar suaranya sekali lagi.

"Baru lepas sahur. Abg macam mana? Ok x?"

"Abg ok. Jangan risau. "


Mana mungkin aku tidak risau. Bukan polis, bukan tentera, bukan JPJ yg menahan dia. Tapi lanun!! Sayu. Aku tahu dia tidak mahu aku merisaukannya, meskipun aku tahu dia dua kali lagi risau berbanding aku.

Lewat perbualan itu, kata-katanya yg tidak mungkin aku lupakan. Yg menghancurluluhkan hati.


"Kalau la abg mati dekat sini, biarlah mayat abg sampai dekat Malaysia."


Ya Allah tersentap jantungku. Air mata sudah tak terbendung lagi. Kenapa mesti ada kalimah ini yg terkeluar dari mulutnya?

Friday, June 18, 2010

di pagi yg bening

setelah berhari-hari semenjak berita itu, aku tidak pernah jemu menanti. Benar kata org, penantian itu adalah saatu penyeksaan. Pedih dan sedih. Cuma yg mampu aku lakukan, memanjatkan doa kepada yg di atas sana. DIA lebih mengetahui tentang setiap makhluknya.


Pagi benar hari itu, emak mengejutkan kam bersahur. Lemah lututku. Malas benar. Pantas kata-kata emak menerjah gegendang telinga.

"Doa yg paling mujarab, ketika subuh hari."

Oh, inilah emak. Hanya sekilas pandang, sudah tahu gelora di hatiku. Memang jiwa seorang ibu amat tepat. Sesiapapun pasti tidak dpt menyangkal itu. Malas dan culas sekali aku untuk bangun, meskipun hanya untuk makan. Usai makan, aku ke bilik adik lelakiku. Tiada sesiapa yg mengemas bilik ini setelah dia melanjutkan pelajaran ke Politeknik tempoh hari.

Aku? Sibuk bekerja, bertukar ganti shift. Rumah adalah tempat aku melelapkan mata. Umpama hotel lagaknya. Aku capai telefon bimbit pemberiannya tak lama dahulu. Kami bertukar telefon sebelum dia berpergian mencari rezeki di tengah lautan dahulu. Aduh, semuanya sgt bermakna. Aku letakkan semula diatas meja studi adikku. Aku mengelilingi bilik ini, mencari mana tahu ada bahan bacaan yg menarik hati. Diam. Hening sekali.

Tiba-tiba bunyi telefon bergetar dari atas meja studi. Aku segera menjengah. Nombor yg panjang, tak terhafal oleh aku. Pastinya dia! Tak sampai deringan ketiga, pantas butang answer kutekan.


"Assalamualaikum"


Jauh dihujung talian. Suara yg kurindui separuh mati. Bergenangg air mataku, namun sejujurnya aku gembira. Dia masih bernafas, masih berdenyut nadinya. Moga2 Allah sentiasa melindunginya selalu.


"Wa'alaikummusalam"


Alangkah sayu hati ini. Tahun sudah dia disini, datang ke rumah ini untuk berpuasa, menyambut lebaran di sisi aku dan keluarga. Sayu, sungguh aku sayu.

Monday, June 7, 2010

yg dinantikan (14)

*****Assalamualaikum peeps!*******

lama mungkin sy menghilang..
hari ni sy sambungkan ya~
:)

*****************************************************
Tidak sampai deringan yg kelima, diwaktu aku hampir2 berputus asa telefon dihujung talian diangkat pantas.

"Hello"
ya, aku jadi gugup. Jadi takut kerna aku tak tahu siapa dihujung sana


"Hello"
Perempuan!


"Err..tadi nombor ni ada call sy. Nama saya Nurul Azri."
Meliuk lentok suara aku. Entah siapa gerangan di hujung talian, mungkihkah dari MISC?
Atau dari mana2 syarikat yg ak telah hantarkan resume?


"Haa..dari tadi sy call awak. Asik tak dapatttt je."

owh, mcm kawan lama pulak byinye!

"Maaf. tadi bateri hp ni 'kong'. mati tiba2. Err..ni siapa yer?"


"Sy dari MISC. sy dapat nombor awak ni dari satelite phone Melati 2. Anak kapal mana yg selalu call awak?"

ah, mandatori benar soalan ini.Persis polis lagaknya. Biarkanlah, mungkin ada berita gembira mahu dikongsi. Aku jadi excited sekali.


"Mohd Mazlan Mohd Saad. Dia yg ada call sy. xla selalu. ada la 2-3 kali."
jawapan sejujurnya dari hati yg mengharap berita.

"boleh sy tahu apa hubungan awak dgn dia?"

erk? perlukah diberitahu? kerana hubungan kami bukan sekadar kawan. Nk cakap kekasih ke? Geli la pulak. Boyfriend? erk.. kerana hubungan kami lebih dari kawan. Ahh..apae2 jela..
pada aku hubungan aku dan dia terlalu complicated. tapi rasa2nya tak perlulah aku beri jawapan yg serumit itu utk org dihujung talian mencerna.


"err..kawan.."

antara yakin dgn tidak.

"Oh, girlfriend Mazlan la ni ye?"
Hehee.. aku ketawa sendiri. Yelah, masakan dia begitu bodoh sekali utk meneka bahawa aku insan istimewa dihati lelaki itu kalau sudah nyawa dihujung tanduk pun dia masih sempat menghubungi aku. Sudah terang lagi bersuluh.


"Dia dah dibebaskan ke?"
Laju sahaja soalan meluncur keluar dari bibir aku.

Gadis itu diam. berfikir barangkali akan apa yg harus dijawab.


"Belum, kami masih berusaha."


Ah, luluh sungguh perasaan. Dia tahu yg aku tak mahu mendengar jawapan itu. Sebak membius seluruhh paru2, jantung hatiku. Sesak sungguh nafas kurasakan.


"Berdoalah. Kami disini juga berdoa smg semua crew kami sampai ke Malaysia semula dgn selamat. Hari2 kami buat solat hajat disini"


ya, aku juga begitu. meminta keberkatan Ramadan mengiringi doa, moga2 sampai kepadaNYA diatas sana.


"Adik, pasal phone call dari mazlan, sila rahsiakan dari pihak akhbar. Kita tak mahu ada sebarang masalah dalam usaha membebaskan mereka. Jangan ambil risiko. Kita tak tahu apa yg diorang boleh buat pada crew Melati 2."


Ayat itu sungguh mencincang hati dan jiwaku. Aku tidak pernah khabarkan kepada sesiapa pun selain mak, abah dan beberapa saudara terdekat. Aku mengharapkan doa mereka. Air mata sudah bergenang, tunggu saatnya utk dihamburkan semahunya. Ah, lemah sungguh aku.


"Bila agaknya diorang akan dibebaskann?"

Diam itu sudah memberi jawapan. Ya, dia tidak tahu. Mereka berusaha utk itu. Kami cuma mampu berdoa.

Ya Allah, selamatkan dia!


"Dik, jgn pernah putus berdoa. Kita mtk yg baik2 sahaja. Doakan semuanya selamat. Kami akan terus berusaha sedaya upaya."

Pujukan itu lansung tak terkesan di hati yg menharap ini. Aku mahukan kepastian! Bermacam kata semangat wanita itu pupukan kepadaku hingga ke akhir perbualan, namun ianya umpama menyiram air ke daun keladi. Umpana masuk telinga kanan keluar telinga kiri.

Ah, hati, bertahan lah. Yang di atas sana MAHA MENGETAHUI. sabarlah!