*our LOVE journey*

Daisypath Next Aniversary Ticker

Saturday, September 3, 2011

#15 : Berita

Sebaik sahaja meletakan telefon. Aku termenung memikirkan tiap bait kata-katanya. Azan subuh sudah berkemundang menandakan masuknya waktu. Aku tungkas bangun, ingin melunaskan kewajipan seorang hamba. Dihujung solat, kupalitkan doa agar si dia akan selamat pulang ke tanah air. Tanpa sedar, air mata mengiringi doa.


Ya Allah, kuatkanlah aku. Usah di ambil nyawanya dahulu.


Ya Allah, Kau tiupkanlah kekuatan dijiwanya. Iringi dia dalam setiap langkahnya.


Hari demi hari berlalu. Biar sesibuk mana aku di tempat kerja, itu semua masih belum mampu memesongkan ingatanku padanya. Mungkin saja aku selalu termenung disini tanpa sedar. Maafkan aku wahai majikan.


Ada kalanya aku belum cukup kuat, pantas menitiskan air mata hatta di hadapan pelanggan yang turut sama emosi seperti aku. Pasti saja emosinya berlainan puncanya dengan aku. Ada ketikanya hanya kerana rokok sekotak, aku dimaki-maki di bulan yang penuh dengan kemuliaan ini.


Ah, manakan mati kamu kerana tidak menghisap sekotak rokok. Persetankan rokok itu. Aku yang sudah sedia emosi pasti bisa menitiskan air mata dengan mudah sekali bila dperlakukan sedemikian rupa dek manusia yang terlalu suka membakar wang mereka.


Lewat malam aku pulang dari kerja sudah pasti tidak sempat meneliti berita dari kaca televisyen. Alternatif lain masih ada. Sambung saja dial-up modem dari telefon rumah. Biar lambat, asal aku tahu apa yang sedang berlaku.


Berita terkini dari dalam talian internet, anak-anak kapal MT Melati Dua & Melati Lima akan dibebaskan. Persoalannya bila?