*our LOVE journey*

Daisypath Next Aniversary Ticker

Sunday, April 12, 2009

cinta, tiada akhirnya...(7)

Aku tidak lagi mendengar perkataan-perkataan yang Mak Tam tuturkan selebihnya. Mindaku hanya ada dia! Jiwaku sarat, penuh luka. Akalku ligat berputar-putar pada kata-katanya yang terakhir sebelum dia pergi tempoh hari.

"Abang rasa lain macam la kali ni. Rasa macam tak sedap hati la. Abang pun tak tau kenapa.."

Aku cuba menenangkannya. Sedangkan di hatiku ini, hanya Allah sahaja yang tahu betapa resah ini ada bersama pemergiannya itu. Aku terduduk di atas aspal jalan. Air mata tidak juga mahu berhenti sedari tadi. Aku menunggu abah datang membawaku pulang. Hatiku memberontak sekali. Aku mahu tahu keadaannya! Aku mahu tahu situasinya saat ini!

Ya Allah, peliharalah dia!

Jangan Engkau berikan aku perkhabaran buruk tentangnya kepadaku. Mataku jadi sembab menangis tanpa henti. Dari kejauhan, aku nampak abah menunggang motosikal buruknya itu. Air mataku tumpah lagi. Abah terpinga-pinga melihatkan reaksiku.

"Kenapa ni?" soal abah kebingungan.

"Mat Lan.." hanya nama itu yang mampu ku lafazkan sekarang. Aku tidak mampu untuk berbicara yang selanjutnya lagi.

Aku membonceng motosikal abah sehingga ke rumah. Sebaik sahaja aku masuk ke dalam rumah, pertanyaan abah berulang lagi.

"Kenapa dengan Mat Lan?" soalan itu seakan membunuh seluruh semangat dan jiwaku.

"Dia kena tawan dengan lanun.." perlahan aku menuturkannya dan air mata masih menjadi teman setia.

Emak di dapur kelihatan tercengang-cengang.

"Eh, semalam kan ada berita pasal Kapal Malaysia kena tawan dengan lanun?" pintas emak.

"Kapal ape? Mat Lan naik Melati 2." tukasku tidak sabar. Berharap apa yang ku dengar dari mulut Mak Tam adalah palsu belaka.

Mata abah tepat memandang anak mataku. Kemudian beralih pula kepada emak yang sudah berdiri di sisinya.

"Emak tak sangka pulak Mat Lan atas kapal tu. " jujur sahaja suara emak kedengaran.

Kenyataan itu sudah cukup meruntun hati perempuanku. Apa lagi yang mampu ku katakan. Memang benar perkhabaran yang dibawa ibu saudaraku sebentar tadi. Aku hanya mampu menangis dan terus menangis lagi. Seakan tidak bisa berhenti air mata ini daripada mengalir, tumpah membasahi pipiku. Hatiku sayu sekali. Beberapa hari lagi Ramadan akan menjelang. Hatiku benar-benar terasa kehilangan!

Ya Allah, kuatkanlah hatiku ini! Sabarkanlah aku!

dan air mataku gugur lagi...

2 comments:

  1. dear..

    k.nani br toa fiance irzanal nek melati 2 arituh eh?

    alhamdulillah sume da slamat..
    =)
    kte doakan mereka sume sentiasa slamat k?

    pirates mmg jahat kan?slalOo jer sebok sebok kejar kapal deorg!cis!

    ReplyDelete
  2. haah kak..
    mintak2 kali ni xde ape2 la hendakNYE..
    ameenn~
    :)

    ReplyDelete