*our LOVE journey*

Daisypath Next Aniversary Ticker

Monday, June 7, 2010

yg dinantikan (14)

*****Assalamualaikum peeps!*******

lama mungkin sy menghilang..
hari ni sy sambungkan ya~
:)

*****************************************************
Tidak sampai deringan yg kelima, diwaktu aku hampir2 berputus asa telefon dihujung talian diangkat pantas.

"Hello"
ya, aku jadi gugup. Jadi takut kerna aku tak tahu siapa dihujung sana


"Hello"
Perempuan!


"Err..tadi nombor ni ada call sy. Nama saya Nurul Azri."
Meliuk lentok suara aku. Entah siapa gerangan di hujung talian, mungkihkah dari MISC?
Atau dari mana2 syarikat yg ak telah hantarkan resume?


"Haa..dari tadi sy call awak. Asik tak dapatttt je."

owh, mcm kawan lama pulak byinye!

"Maaf. tadi bateri hp ni 'kong'. mati tiba2. Err..ni siapa yer?"


"Sy dari MISC. sy dapat nombor awak ni dari satelite phone Melati 2. Anak kapal mana yg selalu call awak?"

ah, mandatori benar soalan ini.Persis polis lagaknya. Biarkanlah, mungkin ada berita gembira mahu dikongsi. Aku jadi excited sekali.


"Mohd Mazlan Mohd Saad. Dia yg ada call sy. xla selalu. ada la 2-3 kali."
jawapan sejujurnya dari hati yg mengharap berita.

"boleh sy tahu apa hubungan awak dgn dia?"

erk? perlukah diberitahu? kerana hubungan kami bukan sekadar kawan. Nk cakap kekasih ke? Geli la pulak. Boyfriend? erk.. kerana hubungan kami lebih dari kawan. Ahh..apae2 jela..
pada aku hubungan aku dan dia terlalu complicated. tapi rasa2nya tak perlulah aku beri jawapan yg serumit itu utk org dihujung talian mencerna.


"err..kawan.."

antara yakin dgn tidak.

"Oh, girlfriend Mazlan la ni ye?"
Hehee.. aku ketawa sendiri. Yelah, masakan dia begitu bodoh sekali utk meneka bahawa aku insan istimewa dihati lelaki itu kalau sudah nyawa dihujung tanduk pun dia masih sempat menghubungi aku. Sudah terang lagi bersuluh.


"Dia dah dibebaskan ke?"
Laju sahaja soalan meluncur keluar dari bibir aku.

Gadis itu diam. berfikir barangkali akan apa yg harus dijawab.


"Belum, kami masih berusaha."


Ah, luluh sungguh perasaan. Dia tahu yg aku tak mahu mendengar jawapan itu. Sebak membius seluruhh paru2, jantung hatiku. Sesak sungguh nafas kurasakan.


"Berdoalah. Kami disini juga berdoa smg semua crew kami sampai ke Malaysia semula dgn selamat. Hari2 kami buat solat hajat disini"


ya, aku juga begitu. meminta keberkatan Ramadan mengiringi doa, moga2 sampai kepadaNYA diatas sana.


"Adik, pasal phone call dari mazlan, sila rahsiakan dari pihak akhbar. Kita tak mahu ada sebarang masalah dalam usaha membebaskan mereka. Jangan ambil risiko. Kita tak tahu apa yg diorang boleh buat pada crew Melati 2."


Ayat itu sungguh mencincang hati dan jiwaku. Aku tidak pernah khabarkan kepada sesiapa pun selain mak, abah dan beberapa saudara terdekat. Aku mengharapkan doa mereka. Air mata sudah bergenang, tunggu saatnya utk dihamburkan semahunya. Ah, lemah sungguh aku.


"Bila agaknya diorang akan dibebaskann?"

Diam itu sudah memberi jawapan. Ya, dia tidak tahu. Mereka berusaha utk itu. Kami cuma mampu berdoa.

Ya Allah, selamatkan dia!


"Dik, jgn pernah putus berdoa. Kita mtk yg baik2 sahaja. Doakan semuanya selamat. Kami akan terus berusaha sedaya upaya."

Pujukan itu lansung tak terkesan di hati yg menharap ini. Aku mahukan kepastian! Bermacam kata semangat wanita itu pupukan kepadaku hingga ke akhir perbualan, namun ianya umpama menyiram air ke daun keladi. Umpana masuk telinga kanan keluar telinga kiri.

Ah, hati, bertahan lah. Yang di atas sana MAHA MENGETAHUI. sabarlah!

No comments:

Post a Comment