*our LOVE journey*

Daisypath Next Aniversary Ticker

Thursday, February 11, 2010

cinta tiada akhirnya 13

Ramadan semakin berlalu. Detik demi detik. setiap saat aku menunggunya. Menunggunya dengan penuh kesabaran di dalam dada. Setiap kali telefon pemberiannya berdering, aku jadi hampa. Hampa kerana mengharapkan berita yg tidak kunjung tiba. Meskipun pekerjaan baru ini agak memenatkan, tapi entah mengapa aku tidak dapat merasainya. Entah..

Mungkin jiwaku bukan disini. Jiwaku pergi kepadanya yang jauh entah dimana. Setiap hari itu juga aku mengharapkan satu keajaiban dibulan yg mulia ini. Moga Allah lembutkan hati lanun-lanun itu semua utk melepaskan anak-anak kapal yg mereka tawan semenjak sebelum Ramadan lg.


Sehinggalah pada petang itu, aku masih lagi dalam sesi kerja. Sibuk mencuci, mengelap, menyapu dan segalanya. Tiba-tiba telefonku berbunyi nyaring. Berkecai segala lamunan, namun belum pun sempat aku menjawab, panggilan itu terputus begitu sahaja. Manakan tidak, baterinya sudah tiada! Aduh, ada-ada sahaja. Sebaik sahaja aku menukar simkad tersebut, aku mendapati nombor tersebut nombor dari wilayah persekutuan.


Aku cuba mendail nombor tersebut semula. Deringan demi deringan, dan aku masih sabar menunggu.

No comments:

Post a Comment