*our LOVE journey*

Daisypath Next Aniversary Ticker

Monday, June 28, 2010

kepulangan yg amat dinanti!

Bahagia. Gembira yg tidak sedikit tatkala panggilan itu aku jawab.


"Sayang buat apa?"


Diam, mengamati rindu yg hadir. Ah, seperti mimpi aku dapat mendengar suaranya sekali lagi.

"Baru lepas sahur. Abg macam mana? Ok x?"

"Abg ok. Jangan risau. "


Mana mungkin aku tidak risau. Bukan polis, bukan tentera, bukan JPJ yg menahan dia. Tapi lanun!! Sayu. Aku tahu dia tidak mahu aku merisaukannya, meskipun aku tahu dia dua kali lagi risau berbanding aku.

Lewat perbualan itu, kata-katanya yg tidak mungkin aku lupakan. Yg menghancurluluhkan hati.


"Kalau la abg mati dekat sini, biarlah mayat abg sampai dekat Malaysia."


Ya Allah tersentap jantungku. Air mata sudah tak terbendung lagi. Kenapa mesti ada kalimah ini yg terkeluar dari mulutnya?

No comments:

Post a Comment