*our LOVE journey*

Daisypath Next Aniversary Ticker

Tuesday, March 24, 2009

cinta, tiada akhirnya...(2)

Seusai solat fardu subuh, aku kembali berbaring di atas katil. Kembali berbaring. Mengiring ke kiri salah, ke kanan salah. Meskipun kantukku masih bersisa, namun mata ini tidak mahu terlelap seperti selalunya. Lantas aku bangun dari pembaringan, mencapai sesuatu di atas meja belajarku dihujung katil.

Jangan bersedih. Itulah judul buku ditanganku ini. Aku belek buat sekian kalinya. Baris demi baris aku baca. Minda separa sedarku memberontak. Jiwaku tidak disini. Jiwaku lari kepada si rijal yang sudah menguasai seluruh isi hatiku. Terasa sesak dadaku kala ini. Bukan tidak biasa merindui adam yang seorang ini. Tapi, rinduku ini tidak terbebat lagi. Aku tidak tahu apa yang aku mampu lakukan untuk mengusir rindu ini pergi. Serba salah jadinya. Aku menutup kembali buku yang di tanganku ini. Rindu datang lagi. Seakan-akan menari-nari wajahnya di tubir mata ini.

Ya Allah! Mengapa aku begitu merinduinya saat ini? Aku duduk sambil hatiku membisikan kalimah suci Kalamullah. Aku sedekahkan buat dirinya yang ku rindui. Sebentar kemudian, hatiku kembali lega. Ya Allah, biarkan rindu ini didalam redhaMU.

Perlahan-lahan aku mencapai telefon bimbitku yang berada di bawah bantal. Inilah alatnya yang menghubungkan kami selama ini. Jauh bagaimanapun, selama mana tidak kami tidak bertemu, alat inilah yang menghubungkan kami berdua.

No comments:

Post a Comment